Teknologi penanaman cili padi secara fertigasi berasaskan tanah
Yaseer Suhaimi Mohd, Mohamad Abd. Manas dan Omar Taib
Ringkasan
Teknologi fertigasi ialah teknik penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik kepada tanaman. Peningkatan hasil pada tanaman rockmelon, tomato dan cili sebanyak 2 – 3 kali ganda telah menarik minat petani dan usahawan tani dalam mengaplikasikan teknologi moden ini. Walau bagaimanapun, kos permulaan yang tinggi menjadi faktor utama masih ramai usahawan tani tidak bertukar kepada penanaman secara fertigasi sepenuhnya. Melalui penanaman secara fertigasi berasaskan tanah, usahawan tani dapat meningkatkan prestasi pertumbuhan dan hasil tanaman dengan kos pembajaan yang minimum. Prestasi kutipan hasil mampu mencapai 1.74 kg sepokok bagi cili padi. Penanaman cili padi menggunakan sistem fertigasi berasaskan tanah memberi hasil yang tinggi dan pertumbuhan pokok yang baik dengan penambahan kos yang minimum. Sistem fertigasi berasaskan tanah juga dapat meningkatkan keberkesanan penggunaan baja sekali gus meningkatkan pendapatan usahawan tani.
Teks Penuh (224 KB)