Teknologi penanaman kucai secara fertigasi

Yaseer Suhaimi Mohd, Yusmizawati Mohd Yusob, Mohamad Abd. Manas, Rashidan Ariffin dan Omar Taib

Ringkasan

Kucai atau Allium tuberosum merupakan sejenis tanaman yang tergolong dalam keluarga Alliaceae yang mempunyai jangka hayat yang panjang (perennial). Ia akan terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya dijaga dengan kaedah pembajaan yang betul. Kebiasaannya, kucai ditanam secara konvensional menggunakan batas dan penggunaan baja organan tinja ayam yang banyak. Masalah utama tanaman kucai secara konvensional ialah rumpai yang tumbuh di batas tanaman dan perlu dikawal secara manual terutama di peringkat tuaian. Teknologi fertigasi telah terbukti meningkatkan hasil tanaman seperti cili, terung dan rockmelon. Aplikasi teknologi fertigasi bagi tanaman jangka masa panjang seperti kucai dapat meningkatkan hasil dan memudahkan pengurusan tanaman. Purata hasil sekali tuai adalah sebanyak 350 g/polibeg dan tuaian boleh dilakukan dengan selang masa 2 minggu. Penanaman kucai secara fertigasi menjadi pilihan alternatif kepada pengusaha yang ingin menggunakan sistem pertanian moden yang telah terbukti mampu meningkatkan hasil tanaman.

Teks Penuh (194 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.