Pengurusan bersepadu kumbang badak dan kumbang jalur merah – perosak utama tanaman kelapa

Dilipkumar Masilamany dan Tang Siew Bee

Ringkasan

Kumbang badak (Oryctes rhinoceros) dan kumbang jalur merah (Rhynchophorus ferrugineus) merupakan perosak utama tanaman kelapa yang sangat berbahaya. Kedua-dua serangga perosak ini biasanya menyerang pokok kelapa di bahagian umbut atau di bahagian pangkal pelepah dan mengorek ke dalam batang dan memakan tisu pokok sehingga pokok menjadi layu dan mati. Serangannya juga akan cepat merebak ke pokok lain yang berdekatan jika perosak ini tidak dikawal dengan segera. Racun serangga merupakan pilihan utama petani untuk menangani masalah serangga perosak di ladang kelapa. Penggunaan racun serangga yang berlebihan dan berterusan bukan sahaja menjejaskan kesihatan manusia, malah menimbulkan pencemaran alam sekitar dan memberi kesan negatif kepada organisma bukan sasaran. Selain itu, ia juga menimbulkan masalah seperti kerintangan terhadap racun serangga dan risiko kemunculan serangan perosak sekunder. Amalan pengurusan perosak bersepadu perlu dijadikan teras utama dalam membendung masalah serangan kumbang badak dan kumbang jalur merah tanaman kelapa. Artikel ini membincangkan kitar hidup, simptom serangan dan maklumat terperinci mengenai pengurusan perosak bersepadu kumbang badak dan kumbang jalur merah.

Teks Penuh (315 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.