Penyeragaman estrus kambing betina

Mohamad Shuib Mohamad Mohtar, Musaddin Kamaruddin dan Tengku Fatiha Maisarah Tengku Abidin

Ringkasan

Manipulasi hormon adalah satu kaedah pembiakan teraruh yang biasa diamalkan bagi menyeragamkan estrus induk betina kambing. Kaedah ini boleh meningkatkan kesuburan dan prestasi pembiakan kambing selain berdaya maju. Semasa proses penyeragaman estrus, induk betina akan menerima alat pelepas hormon terkawal intravagina yang mengandungi progesteron ataupun diberi suntikan prostaglandin (FGF2?). Induk kambing betina akan datang estrus 24 – 48 jam selepas rawatan progesteron. Melalui kaedah penyeragaman estrus teraruh ini, 75% induk betina akan mengalami estrus sekiranya induk tersebut mendapat pemakanan dan pengurusan yang baik. Antara kelebihan kaedah ini adalah memudahkan dan meningkatkan mutu pengurusan kambing, tenaga dan ladang.

Teks Penuh (226 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.