Teknologi pemprosesan pulpa buah sejuk beku dan kawalan mutu

Wan Zairi Wan Abdul Manaff

Ringkasan

Pemprosesan pulpa buah-buahan sejuk beku merupakan satu kaedah yang mudah untuk mengawet buah-buahan khasnya untuk dijadikan sebagai bahan untuk pemprosesan selanjutnya. Pulpa buah diekstrak dengan menggunakan mesin pengekstrak, ditapis, dipasteur pada suhu 80 °C selama 2 minit, disejukkan serta-merta dan seterusnya disejukkan menggunakan kaedah penyejukbekuan cepat bagi memelihara kualitinya. Pulpa buah-buahan sejuk beku yang diproses disimpan pada suhu –18 °C atau lebih rendah dan boleh disimpan sehingga setahun atau lebih di samping mengekalkan kualitinya. Teknik penyahbekuan pulpa buah sejuk beku yang betul perlu dipraktikkan untuk mengelak kerosakan oleh mikroorganisma. Kawalan mutu sebelum, semasa dan selepas pemprosesan penting bagi mengelak berlakunya kerosakan produk dan produk berkualiti rendah.

Teks Penuh (178 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.