Sinkronisasi estrus lembu menggunakan hormon

Azizah Amri

Ringkasan

Sinkronisasi estrus lembu merupakan teknik bantuan dalam permanian beradas. Terdapat beberapa hormon yang boleh digunakan secara tersendiri atau dalam kombinasi untuk menghasilkan rawatan sinkronisasi yang efektif. Sinkronisasi kebiasaannya menggunakan progestin berbentuk implan di telinga atau alat pelepas hormon terkawal intravagina yang mengandungi progesteron yang mempunyai konsentrasi yang berbeza. Hormon lain yang boleh digunakan secara kombinasi ialah prostaglandin, estradiol dan hormon perangsang gonadotrofin. Setiap hormon mempunyai kesan yang berbeza di beberapa lokasi dalam tubuh badan. Sebagai contoh, prostaglandin dikeluarkan oleh miometrium uterus dan menghasilkan kesan luteolisis pada korpus luteum bagi merangsang kitaran estrus. Begitu juga sekiranya hormon yang digunakan secara kombinasi, ia akan mempunyai kesan sinkronisasi yang berbeza. Walau bagaimanapun, kesan penggunaan hormon dapat membantu dalam membangunkan program pembiakan terkawal untuk meningkatkan kadar konsepsi yang tinggi dalam ternakan lembu.

Teks Penuh (197 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.