Pemprosesan dan kualiti produk makanan berpotensi daripada asam kandis

Nur Izalin Mohamad Zahari, Kasmah Mohamad dan Salma Idris

Ringkasan

Asam kandis atau Garcinia cowa merupakan salah satu daripada beberapa jenis buah nadir yang kurang kegunaannya di Malaysia. Sebelum ini, buah asam kandis hanya diproses sebagai asam keping sahaja. Walau bagaimanapun, kehadiran musim buah asam kandis selepas ini diharap dapat membantu petani mengusahakan produk-produk berpotensi daripada asam kandis. Hasil kajian mendapati asam kandis boleh diproses kepada beberapa produk makanan berpotensi seperti minuman terus, sos masam dan halwa dapat memberi nilai kepada buah asam kandis itu sendiri. Di samping menggunakannya secara tradisional di dalam masakan, ternyata buah asam kandis boleh diproses setelah melalui beberapa prarawatan bagi menghilangkan rasa kelat dan masam yang sangat tinggi.

Teks Penuh (242 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.