Pembiakan tanaman tenggek burung

Farahzety Abdul Mutalib, Ab Kahar Sandrang dan Mustafa Kamal Abd Ghany

Ringkasan

Teknik pembiakan yang sesuai bagi tanaman tenggek burung dibangunkan bagi membolehkan pengeluaran hasil yang tinggi, berkualiti dan berterusan. Pembiakan secara keratan mikro dengan penyediaan pokok induk yang juvenil diperoleh sama ada melalui biji benih atau kultur tisu. Pokok daripada teknik-teknik tersebut dibesarkan sebagai pokok induk dengan pembajaan yang minimum dan cantasan berkala supaya pokok kekal juvenil. Pengambilan keratan mikro secara berterusan kemudiannya diperoleh daripada pokok induk ini. Keratan mikro ditanam dalam sistem pembiakan yang disediakan khas sebelum boleh dipindahkan ke dalam polibeg dan seterusnya ditanam di ladang. Melalui teknologi ini, pengeluaran berterusan pokok tenggek burung yang seragam dapat diperoleh dalam skala yang besar.

Teks Penuh (281 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.