Prestasi dan potensi kambing Savanna

Mohamad Hifzan Rosali, Azizi Ahmad Azmin dan Musaddin Kamaruddin

Ringkasan

Baka kambing Savanna mula diperkenalkan di Malaysia semenjak tahun 2009 dan didapati berpotensi untuk dijadikan baka kambing alternatif dalam senario industri kambing tempatan. Kambing Savanna sangat sesuai diternak dalam ekosistem Malaysia sama ada dalam sistem intensif mahupun separa intensif. Baka ini boleh dibiak sepanjang tahun tanpa memerlukan musim pembiakan yang khusus. Kadar kelahiran kembar kambing Savanna boleh mencapai 55%. Induk kambing Savanna mempunyai sifat keibuan yang baik serta mampu menghasilkan susu yang mencukupi bagi menampung anak kembar. Berdasarkan model keluk pertumbuhan Gompertz, kambing Savanna betina boleh mencapai berat matang pada umur kurang daripada setahun ketika berat badannya mencapai 46.4 kg.

Teks Penuh (188 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.