Tanaman pasu dedaun untuk hiasan dalaman

Hanim Ahmad, Nazera Arbain dan Rosniza Kassim

Ringkasan

Tanaman pasu dedaun yang terdiri daripada pelbagai spesies hiasan berdaun cantik telah dikenal pasti sesuai digunakan untuk menghiasi ruang di dalam bangunan. Kebanyakan spesies tanaman pasu dedaun mempunyai bentuk dan warna daun yang menarik serta dapat bertahan hidup di dalam persekitaran bangunan. Tanaman hiasan yang diletak di dalam bangunan dapat meningkatkan nilai estetika dan kualiti udara persekitarannya. Untuk memperoleh tanaman yang sihat dan kelihatan menarik, tanaman perlu disiram secukupnya dengan dedaun yang telah tua dipangkas. Tanaman pasu yang kelihatan kurang menarik hendaklah dipulihkan di nurseri dan diganti semula dengan tanaman yang baharu.

Teks Penuh (232 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.