Helenium – Tumbuhan berbunga cantik untuk hiasan taman

Hanim Ahmad, Ab Kahar Sandrang dan Nazera Arbain

Ringkasan

Helenium amarum ‘Dakota gold’ ialah tanaman eksotik berbunga cantik yang sesuai beradaptasi untuk dijadikan tanaman berbunga hiasan taman di negara ini. Melalui kajian adaptasi yang dilakukan, tanaman eksotik ini berupaya hidup dengan baik di kawasan taman yang terbuka. Di kawasan taman, tanaman sentiasa mengeluarkan bunga-bungaan menarik iaitu berwarna kuning keemasan dengan kelopak bunga tersusun selapis. Daunnya lembut, berwarna hijau tua dan bertekstur halus seperti jejarum. Tanaman eksotik ini berpotensi untuk pasaran tempatan kerana mudah dibiak. Helenium amarum ‘Dakota gold’ boleh dibiak dengan menyemai biji benih dan dibesarkan di dalam nurseri sebelum dipindahkan ke dalam pasu dan kawasan taman terbuka.

Teks Penuh (210 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.