Penanaman cendawan jerami padi

Yaseer Suhaimi Mohd, Mohamad Abd. Manas, Mohd Hassan Wagiran dan Omar Taib

Ringkasan

Cendawan jerami padi atau nama saintifiknya Volvarella volvacea biasanya tumbuh liar di atas tanah ataupun pada longgokan jerami. Cendawan jerami padi mengandungi nutrien pemakanan dan khasiat kesihatan yang tinggi. Di Malaysia dalam keadaan semula jadi, cendawan jerami padi boleh dijumpai dan dituai pada longgokan jerami padi, tandan kelapa sawit, terutamanya pada musim hujan. Namun dengan penggunaan teknologi, cendawan jerami padi dapat ditanam secara komersial dengan cara yang teratur dan hasil yang tinggi tanpa bergantung kepada musim hujan lagi. Penanaman cendawan jerami padi dilakukan dengan menggunakan medium kompos yang terdiri daripada campuran jerami padi, dedak padi dan kapur kalsium karbonat. Tuaian boleh dilakukan pada hari ke-12 selepas tempoh peraman selesai dan purata hasil satu bilik pengeluaran ialah 25 kg. Analisis ekonomi juga menunjukkan projek penanaman cendawan jerami padi mempunyai daya maju ekonomi yang memberangsangkan. Teknologi penanaman cendawan jerami ini dapat membuka peluang perniagaan kepada usahawan tani dan pengusaha untuk menceburi industri cendawan.

Teks Penuh (202 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.