Penanaman integrasi sayuran cili dan daun secara fertigasi di bawah struktur pelindung hujan

Yaseer Suhaimi Mohd, Mohamad Abd. Manas dan Abu Hassan Ishak

Ringkasan

Penggunaan struktur pelindung hujan (SPH) memberi kelebihan kepada usahawan tani apabila musim hujan. Walau bagaimanapun, kos pembinaan SPH yang tinggi merupakan punca utama kurang pengusaha menjalankan penanaman sayur-sayuran seperti cili di bawah SPH. Penanaman secara intensif dan integrasi cili dan sayur daun dapat memaksimumkan penggunaan ruang di bawah SPH. Antara tanaman yang sesuai untuk diintegrasikan bersama cili ialah sayuran daun seperti kucai, kubis, kubis bunga, sawi, kailan dan ulam-ulaman. Bagi penanaman integrasi cili dan sayuran daun secara fertigasi, dua sistem pengairan dan larutan baja yang berbeza diperlukan untuk dua jenis tanaman yang berlainan. Bagi tanaman cili, tuaian pertama boleh dilakukan sekitar 75 hari, manakala tempoh tuaian sayur daun yang sesuai diintegrasikan adalah kurang daripada 75 hari selepas mengubah anak benih ke polibeg. Bagi setiap satu musim penanaman cili, sebanyak 2 – 3 musim penanaman sayur daun dapat dilakukan. Penanaman secara integrasi ini juga dapat memaksimumkan penggunaan ruang di bawah struktur pelindung hujan untuk menjana hasil tambahan kepada pengusaha. Kaedah ini juga dapat meningkatkan pendapatan dan mempercepat tempoh pulangan modal.

Teks Penuh (190 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.