Teknologi metabolomik dalam pertanian

Sanimah Simoh, Alizah Zainal dan Zuraida Ab Rahman

Ringkasan

Metabolomik merupakan salah satu platform sains terpenting dalam teknologi omik selain dua omik terdahulu iaitu transkriptomik dan proteomik. Pada masa kini, pendekatan metabolomik telah diaplikasi dalam pelbagai bidang termasuk kajian fungsi gen, analisis persekitaran, sains tanaman dan diagnostik klinikal. Dalam bidang pertanian, metabolomik boleh diaplikasi dalam pembiakbakaan tanaman. Ini kerana trait tanaman yang bernilai seperti rasa, aroma dan hasil yang tinggi selalunya berkait rapat dengan status dan komposisi metabolit dalam tanaman tersebut. Aplikasi teknologi ini bergantung sepenuhnya kepada platform teknologi analitikal terkini antaranya Nuclear Magnetic Resonance (NMR), Liquid Chromatography-Mass Chromatography (LC-MS), Gas Chromatography-Mass Spectrometry (GC-MS) dan Fourier-Transform Infra Red (FTIR) serta penggunaan bioinformatik yang dipanggil analisis data multivariasi atau chemometric. Metabolomik merupakan pendekatan terkini yang digunakan untuk memahami secara lebih komprehensif komposisi biokimia yang bersifat dinamik serta status fisiologi sesuatu sistem yang sedang dikaji terutamanya jika digandingkan dengan teknologi omik yang lain. Artikel ini membincangkan peranan dan aplikasi metabolomik khususnya dalam bidang pertanian serta beberapa penyelidikan berkaitan dengan teknologi ini yang telah dijalankan di MARDI.

Teks Penuh (343 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.