Pengeluaran bahan tanaman lemon myrtle

Ab Kahar Sandrang, Zabedah Mahmood dan Sakinah Idris

Ringkasan

Lemon myrtle dikategorikan sebagai tanaman yang sukar untuk dibiak. Kaedah keratan batang merupakan kaedah yang diterima pakai di Australia. Walau bagaimanapun, peratusan kejayaannya agak rendah (40 – 45%) serta memerlukan 10 – 12 bulan untuk pengeluaran bahan tanaman. Peratusan kejayaan yang sama diperoleh di negara ini dengan menggunakan sistem rumah pelembap kabus dan sistem kapilari tertutup (CCPS). Penggunaan keratan yang diperoleh dari bahagian bawah kanopi membolehkan masa perakaran dikurangkan. Di samping itu, kadar pertumbuhan pokok yang agak cepat di semaian membolehkan masa pengeluaran bahan tanaman lemon myrtle dipercepatkan kepada 6 – 9 bulan berbanding dengan 10 – 12 bulan yang diperlukan di Australia. Secara keseluruhannya kaedah pembiakan keratan batang boleh digunakan dalam pengeluaran bahan tanaman lemon myrtle pada skala yang besar.

Teks Penuh (250 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.