Templat Manual SOP mudahkan usahawan IKS Makanan memperoleh pensijilan kualiti
Mohd Nizam Mohd Nizat, Sharina Samsudin dan Che Rohani Awang
Ringkasan
Halal, Amalan Pengilangan Baik (GMP), Analisis Bahaya Titik Kawalan Kritikal (HACCP) serta Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) adalah antara pensijilan jaminan kualiti dan keselamatan makanan yang perlu dicapai oleh industri makanan untuk mematuhi perundangan, meningkatkan keyakinan pengguna serta meluaskan pasaran produk. Halal dan MeSTI telah menjadi kemestian bagi IKS untuk terus bersaing dan meneroka pasaran yang lebih luas. Namun, kekangan teknikal seperti kurangnya pengetahuan untuk menyediakan dokumen manual SOP menyukarkan kemampuan mereka untuk memohon dan memperoleh pensijilan. Justeru, inisiatif Program Pembangunan Usahawan MARDI dengan membangunkan Templat Dokumen Manual SOP bagi 10 produk generik telah mempercepatkan usaha untuk meningkatkan keupayaan usahawan IKS bimbingan MARDI untuk memperoleh pensijilan Halal dan MeSTI. Sebanyak lapan daripada 15 syarikat yang dibimbing bermula 2013 telah mencapai sasaran. Impak positif yang terhasil adalah peningkatan signifikan nilai jualan tahunan, perluasan pasaran menerusi penerimaan oleh rangkaian pasar raya serta kemudahan mendapat pensijilan dan pengiktirafan nasional yang lain.
Teks Penuh (201 KB)