Sinkronisasi estrus untuk pembiakan lembu secara terkawal

Azizah Amri

Ringkasan

Sinkronisasi estrus lembu dilakukan dengan menggunakan ubatan yang boleh diberi sama ada dalam suntikan, campuran makanan atau sebagai alatan yang diletakkan di bawah kulit atau dimasukkan ke dalam vagina. Ubatan ini diberi sama ada tersendiri atau dalam bentuk kombinasi. Beberapa kaedah telah digunakan untuk membentuk satu protokol yang boleh digunakan mengikut peringkat spesies, umur atau jenis ternakan. Protokol yang telah dibentuk kemudiannya diberi nama berasaskan kombinasi yang berkenaan. Dengan menggunakan protokol ini, 85% lembu telah didorong untuk memasuki estrus antara 36 – 60 jam selepas diberi rawatan. Suntikan PGF2a telah menghasilkan purata kadar kebuntingan 53.77%, manakala suntikan estradiol benzoat (ODB) diakhir tempoh rawatan menggunakan progestin telah merangsang 90% lembu memasuki estrus, manakala ternakan yang anestrus prapuberti boleh mengalami ovulasi selepas rawatan diberi. Pembangunan protokol sinkronisasi boleh dimanfaat bagi program pembiakan terkawal yang menggabungkan sinkronisasi ovulasi dengan pelaksanaan AI secara tepat masa supaya dapat meningkatkan kadar konsepsi, kebuntingan dan kadar kelahiran ternakan secara berterusan.

Teks Penuh (380 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.