Pembiakan betik Eksotika II menggunakan teknik keratan mikro

Muhamad Hafiz Muhamad Hassan, Ab Kahar Sandrang, Zabedah Mahmood, Hartinee Abbas, Norsyuhaida Ahmad Shafawi, Sakinah Idris, Nor Dalila Nor Danial dan Mohd Rais Hasan

Ringkasan

Teknik keratan mikro pada betik Eksotika II telah berjaya dibangunkan oleh MARDI. Keratan mikro betik merupakan satu penemuan baru kerana teknik yang dibangunkan ini dapat menghasilkan kejayaan 95 – 100% dengan pengakaran yang baik. Keratan mula berakar dalam masa ke 20 – 30 hari. Keratan yang dihasilkan memiliki corak pertumbuhan vegetatif yang lebih baik di peringkat semaian dan ladang berbanding dengan pokok daripada biji benih dengan mempunyai tinggi serta diameter batang yang lebih besar. Di samping itu, keratan berupaya menghasilkan bunga lebih awal dan seterusnya penuaian boleh dilakukan hampir satu bulan lebih awal berbanding dengan tanaman daripada biji benih. Teknik ini berpotensi digunakan untuk menghasilkan bahan tanaman betik berkualiti dan berhasil tinggi. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mempercepat pemilihan tanaman betik berkualiti, berhasil tinggi dan seragam. Teknik ini juga sesuai untuk pengeluaran bahan tanaman betik secara komersial dengan mudah dan kos permulaan yang rendah.

Teks Penuh (359 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.