Penghasilan tepung pracampuran hasilan bakeri berasaskan ubi keledek VitAto

Nur Izalin Mohamad Zahari, Siti Meriam Ahmad dan Hasri Hassan

Ringkasan

Tepung pracampuran ubi keledek VitAto merupakan produk konvenien yang sangat mudah disediakan dan menjadi perhatian kebanyakan mereka yang sibuk bekerja. Pertambahan produk berasaskan tanaman ubi keledek VitAto dapat memberi manfaat atau kesan ekonomi terhadap para petani. Pemprosesan ubi keledek VitAto dalam bentuk tepung bukan sahaja dapat mempelbagaikan variasi produk, malah dapat memanjangkan tempoh hayat produk makanan berasaskan ubi keledek yang dihasilkan. Walaupun hanya ditanam dua kali setahun, tetapi pengguna dapat menikmati produk hasilan ubi keledek sepanjang tahun disebabkan oleh kestabilan tepung pracampuran ini sehingga satu tahun. Pemprosesan tepung ubi keledek VitAto serta tiga jenis produk tepung pracampuran hasilan bakeri berasaskan ubi keledek VitAto iaitu biskut, mufin dan kek dibincangkan dalam artikel ini merangkumi kaedah pemprosesan, kawalan mutu dan nilai pemakanan produk.

Teks Penuh (252 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.