Kulapuk berdebu – penyakit utama dukung anak yang ditanam di Malaysia

Mazidah Mat, Patahayah Mansor, Rosnani Abdul Ghani, Erwan Shah Shari dan Tang Siew Bee

Ringkasan

Herba dukung anak yang ditanam di Malaysia mudah diserang penyakit kulapuk berdebu di nurseri atau di ladang. Sejenis kulat parasit obligat dikenal pasti sebagai O. phyllanthi merupakan patogen kepada penyakit ini dan serangan hanya terhad kepada P. niruri dan P. debelis. Tiada kejadian kulapuk berdebu pada P. urinaria yang ditanam. Peratusan insiden dan tahap keterukan penyakit adalah lebih tinggi pada P. niruri berbanding dengan P. debelis. Didapati juga P. niruri yang ditanam di tanah jenis mineral dan gambut merekodkan tahap keterukan penyakit yang lebih tinggi berbanding dengan P. niruri yang ditanam di tanah bris. Serangan awal kulapuk berdebu pada peringkat anak benih di dalam dulang semaian di nurseri berupaya merosakkan anak benih sehingga menyebabkan kematian. Sebaliknya, serangan lewat pada dukung anak matang di ladang tidak memberi kesan ketara terhadap pertumbuhan pokok secara keseluruhan. Pemantauan dan pemeriksaan tanaman secara berkala, amalan kultur dan pengurusan tanaman yang baik adalah strategi penting bagi mengawal penyakit ini. Tahap keterukan penyakit kulapuk berdebu dapat dikurangkan ke tahap minimum melalui semburan foliar menggunakan ekstrak air bawang putih atau produk komersial B’Green® Minyak Neem. Namun, kaedah ini hanya berkesan jika semburan dilakukan sebelum atau sebaik sahaja gejala awal serangan dikesan pada tanaman dukung anak.

Teks Penuh (359 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.