Kehadiran bakteria Campylobacter dalam daging ayam mentah serta kebolehannya bertahan pada suhu sejuk beku dan sejuk dingin
Nur Ilida Mohamad, Faridah Mohd Som dan Asiah Abu Samah
Ringkasan
Campylobacter adalah sejenis bakteria patogenik yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan dan menjadi perkara yang sangat penting untuk kesihatan awam. Walaupun telah banyak dilaporkan bahawa Campylobacter
tidak dapat hidup dalam keadaan sejuk, terdapat juga kajian terkini yang menunjukkan kebolehan Campylobacter untuk bertahan dalam makanan pada suhu sejuk dingin. Terdapat juga kajian lepas yang menyatakan suhu sejuk beku juga tidak dapat menyahaktifkan organisma di dalam makanan secara drastik. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kehadiran Campylobacter dalam sampel daging ayam mentah yang diperoleh dari pasar basah dan pasar raya sekitar Hulu Langat. Kajian simulasi juga dijalankan untuk menentukan kebolehan Campylobacter yang mencemari sampel daging ayam untuk bertahan pada suhu penyimpanan sejuk dingin dan sejuk beku. Kajian menunjukkan bahawa sampel daging ayam yang diperoleh dari pasar basah dan pasar raya sekitar Hulu Langat dicemari oleh bakteria Campylobacter dan kajian juga mendapati bahawa Campylobacter dapat hidup dalam daging ayam yang telah dicemari walaupun disimpan selama 8 dan 16 hari pada suhu simpanan sejuk dingin dan sejuk beku.
Teks Penuh (530 KB)