Penilaian kandungan zat besi dalam germplasma padi dari Bank Gen Padi, MARDI Seberang Perai

Site Noorzuraini Abd Rahman, Mohd Shukri Mat Ali @ Ibrahim, dan Mirfat Ahmad Hasan Salahuddin

Ringkasan 

Kekurangan zat besi merupakan kekurangan mikronutrien yang terbesar di kalangan manusia. WHO menganggarkan hampir 3.7 bilion manusia mengalami masalah kekurangan zat besi dan akibatnya 2 bilion manusia menghadapi masalah anemia. Bekalan zat besi melalui makanan ruji seperti nasi merupakan satu langkah terbaik memandangkan ia menjadi makanan utama bagi separuh populasi masyarakat di dunia. Dalam kajian ini, beberapa varieti padi tempatan Malaysia dan varieti padi luar negara dipilih untuk penganalisisan kandungan zat besi pada beras yang digilap (polished rice) dan beras tidak digilap (unpolished rice). Keputusan mendapati varieti padi tempatan Malaysia menunjukkan zat besi yang tinggi berbanding dengan varieti padi luar negara pada kedua-dua jenis beras tersebut. Zat besi yang tertinggi pada beras tidak digilap didapati pada varieti Siam Tembaga (24.02 mg/100 g), manakala untuk beras yang digilap pada varieti Kontor (18.20 mg/100 g). Pengenalpastian varieti yang mempunyai tinggi kandungan zat besi adalah penting untuk perkembangan program pembiakbakaan varieti padi moden yang berhasil tingi serta diperkaya dengan zat besi yang tinggi.

Teks Penuh (764 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.