Analisis transkriptomik: Aplikasinya dalam penyaringan, pengesahan dan pembangunan produk berasaskan herba
Mohd Waznul Adly Mohd Zaidan
Ringkasan
Khasiat herba dalam mencegah dan mengubati penyakit dapat disahkan melalui kajian interaksi antara diet dengan gen. Ekstrak herba atau sebatian aktif daripada herba boleh ditentukan potensinya sebagai produk nutraseutikal melalui kajian pengekspresan gen-gen yang berkaitan dengan penyakit yang khusus menggunakan analisis kuantitatif Real-Time PCR. Dalam pendekatan analisis transkriptomik ini, kesan rawatan ekstrak herba yang diberi akan ditentukan melalui profil pengekspresan gen yang diperoleh. Ekstrak herba yang diberi akan mengawal atur gen yang berkaitan penyakit tersebut untuk berfungsi secara normal. Gen-gen yang terkesan terhadap rawatan ekstrak herba ini akan dianalisis dan tapak laluan gen-gen ini akan dikenal pasti. Tapak laluan gen-gen yang telah dikenal pasti membolehkan kesimpulan dapat dibuat mengenai kesan ekstrak tumbuhan ini dalam mengawal atur mekanisme untuk mengawal dan mengubat sesuatu penyakit.
Teks Penuh (296 KB)