Kaedah mudah penentuan kepedasan dalam halia tempatan
Sharizan Ahmad, Aminah Abdullah, Nor Fadhilah Sapiee, Noor Ismawaty Nordin dan Engku Hasmah Engku Abdullah
Ringkasan
Halia (Zingiber officinale) merupakan herba popular dan banyak digunakan dalam industri makanan dan farmaseutikal. Halia mempunyai pelbagai faedah yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Kualiti halia yang dihasilkan boleh ditentukan melalui kandungan kepedasan dan aroma. Dalam kajian ini, dua komponen utama halia iaitu 6-Gingerol dan 6-Shogoal telah ditentukan menggunakan peralatan Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi (HPLC). Kaedah ini merupakan kaedah ringkas dan pantas bagi menentukan kandungan kepedasan halia dan kandungan 6-Gingerol dan 6-Shogoal ditentukan masing-masing pada masa 11.829 dan 16.364 minit.
Teks Penuh (534 KB)