Canopytechture – struktur ringkas pelbagai guna untuk penanaman sayur-sayuran dan buah- buahan jenis menjalar di ruang terhad
Hamdan Mohd Noor, Farahzety Abdul Mutalib, Hanim Ahmad, Zulhazmi Sayuti dan Ab Kahar Sandrang
Ringkasan
Penanaman sayur-sayuran menjalar secara vertikal di dalam pasu dengan menggunakan struktur ringkas berangka heksagon yang dipanggil canopytechture membolehkan pengeluaran tanaman di ruang laman yang terhad selain mewujudkan lebih ruang untuk penanaman. Penggunaan struktur ringkas pelbagai guna ini membolehkan tanaman sayuran menjalar tumbuh dengan lebih sihat, kelihatan menarik dan buah mudah dituai. Melalui penggunaan canopytechture, penanaman sayur-sayuran menjalar dapat dipraktikkan dengan lebih mudah di samping memberi nilai estetika di kawasan laman. Canopytechture juga berpotensi dijadikan elemen terapi ketika tanaman mengeluarkan buah
yang bergantungan. Oleh itu, canopytechture amat sesuai untuk dimiliki oleh warga kota yang sering berhadapan dengan masalah ruang terhad untuk aktiviti bercucuk tanam.
Teks Penuh (244 KB)