Pengurusan bersepadu kumbang belalai – perosak utama tanaman ubi keledek

Dilipkumar Masilamany dan Erwan Shah Shari

Ringkasan

Kumbang belalai (Cylas formicarius) merupakan serangga perosak utama tanaman ubi keledek bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia. Walaupun wujud dalam populasi yang kecil, serangga ini menjadi ancaman terbesar kerana boleh merendahkan kualiti ubi keledek dan menyebabkan ubi berbau busuk, berasa pahit dan tidak sesuai untuk menghasilkan produk makanan. Umumnya, kumbang belalai menyerang tanaman dengan cara yang berbeza berdasarkan peringkat kitar hidup. Kumbang dewasa memakan bahagian daun dan permukaan ubi manakala larva pula mengorek dan memakan bahagian dalam ubi dan batang. Racun serangga merupakan kaedah kawalan yang biasa digunakan oleh para petani. Namun penggunaan racun perosak sahaja tidak akan memberi impak yang signifikan terhadap kawalan kumbang belalai. Selain itu, alam sekitar juga turut terjejas dan boleh mengganggu serta memudaratkan organisma serta ekosistem yang berhampiran. Menyedari kesan negatif dan kerugian akibat serangan kumbang belalai, sistem pengurusan perosak bersepadu haruslah dijadikan panduan dan amalan utama bagi petani dan pengusaha tanaman ubi keledek. Keseluruhannya, artikel ini membincangkan kitar hidup, simptom serangan, kerosakan ubi keledek serta maklumat dan kaedah berkenaan amalan pengurusan perosak bersepadu kumbang belalai.

Teks Penuh (214 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.