Teknologi fermentasi pepejal: aplikasi dalam menambah nilai bahan buangan sampingan industri pemprosesan kelapa

Anisah Jamaluddin, Nur Yuhasliza Abd. Rashid, Dang Lelamurni Abd. Razak, Shaiful Adzni Sharifuddin, Ainaa Abd. Kahar dan Kamariah Long

Ringkasan

Kebelakangan ini, limpahan bahan buangan hasil pertanian semakin mendapat perhatian global bagi penggunaan dalam penghasilan produk bernilai tambah. Kaedah bioteknologi khasnya proses fermentasi sering diaplikasi sebagai salah satu cara untuk menukarkan bahan buangan pertanian kepada produk yang lebih bermanfaat. Testa kelapa merupakan antara bahan buangan pertanian daripada industri pemprosesan kelapa yang kurang diberi perhatian untuk dimanipulasi bagi penghasilan produk yang lebih bernilai. Dalam kajian ini, testa kelapa telah difermentasi menerusi teknologi fermentasi pepejal dengan pelbagai jenis kulat daripada spesies Rhizopus, Aspergillus dan Monascus dengan menggunakan kultur tunggal dan kombinasi bagi tujuan meningkatkan aktiviti biologi yang terkandung di dalamnya. Hasil penyelidikan menunjukkan proses fermentasi pepejal berupaya meningkatkan fungsi berkaitan penjagaan kulit dan kandungan metabolit dalam testa kelapa seperti kandungan sebatian fenolik, aktiviti antioksida, aktiviti perencatan enzim tyrosinase dan elastase yang merupakan indikasi kepada aktiviti antipigmentasi/agen pemutih kulit dan antipenuaan. Analisis kromatografi juga mempamerkan kehadiran beberapa komponen penting seperti asid kojik dan asid galik yang sering kali dikaitkan peranannya dalam fungsi kosmeseutikal. Berdasarkan penemuan ini, ekstrak testa kelapa difermentasi berpotensi digunakan sebagai bahan alternatif dalam produk penjagaan kulit yang bersifat semula jadi dan organik bagi menggantikan komponen sintetik memandangkan permintaan terhadap produk semula jadi semakin meningkat di kalangan pengguna.

Teks Penuh (205 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.