Aplikasi nanoteknologi dalam sektor pertanian dan industri makanan
Mohd Afendy Abdul Talib
Ringkasan
Perubahan cuaca, urbanisasi dan penggunaan sumber semula jadi yang mapan dan isu alam sekitar seperti pencemaran pestisid dan baja merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh pengusaha pertanian di seluruh dunia. Masalah ini ditambah lagi dengan peningkatan ketara dalam permintaan hasilan pertanian untuk memenuhi populasi manusia yang dijangka berjumlah 6 – 9 bilion penduduk pada tahun 2050. Senario pembangunan pesat dan sistem pertanian yang kompleks wujud terutamanya di kalangan negara membangun dan cabaran lebih getir dihadapi negara tersebut kerana pertanian ibarat tulang belakang kepada ekonomi sesuatu negara itu. Aplikasi nanoteknologi dalam sektor pertanian dan industri makanan dilihat berupaya membantu menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi pelbagai pihak dalam industri. Bukan itu sahaja, ia dapat meningkat atau menambah baik kaedah sedia ada ke arah penghasilan produk yang berkualiti serta ditambah nilai.
Teks Penuh (445 KB)