Teknologi mekanisasi dan pengurusan air untuk pengeluaran padi aerob di Malaysia

Chan Chee Sheng, Mohd Khusairy Khadzir, Sariam Othman dan Mohamed Fauzi Md Isa

Ringkasan

Penanaman padi sawah menerima penggunaan mekanisasi pada tahap yang sangat tinggi yang memerlukan air yang banyak dan bertakung dalam keadaan yang berterusan. Untuk menjamin dan mengekalkan pengeluaran beras dan pada masa yang sama untuk menjimatkan air kerana sumber air semakin berkurangan disebabkan perubahan iklim dan persaingan daripada pengguna dosmentik dan perindustrian padi aerob telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah ini. Walau bagaimanapun, teknologi mekanisasi untuk pengeluaran padi aerob berbeza berbanding dengan padi bawah. Semua aktiviti pertanian untuk pengeluaran padi aerob dijalankan dalam keadaan tanah kering. Penyediaan tanah untuk pengeluaran padi aerob bermula dengan bajak piring, bajak harrow dan putar kering. Kadangkala, rear bucket diperlukan bergantung kepada topografi tanah dan kaedah pengairan yang akan digunakan. MARDI telah membangunkan dan memperkenalkan alat menabur benih berbaris (row seeder) untuk mewujudkan barisan anak benih yang boleh memudahkan kawalan rumpai dan kerja-kerja penyelenggaraan untuk penanaman berskala kecil. Selain itu, MARDI juga telah mengimport penyemai benih berbaris yang bernama ‘Accord’ dan diubah suai untuk penanaman padi berskala komersial. Dua kaedah pengairan untuk penanaman padi aerob telah disyorkan untuk mencapai produktiviti air yang tinggi dan juga memenuhi keperluan air. Kedua-dua kaedah ialah pengairan renjis dan pengairan permukaan alternatif basah dan kering. Pilihan yang paling sesuai bergantung kepada topografi lapangan, sumber air, perosak dan penyakit serta amalan penanaman. Hasil kajian menunjukkan kaedah pengairan renjis menggunakan air kurang sedikit berbanding dengan pengairan permukaan alternatif basah dan kering, tetapi tanaman di bawah pengairan renjis lebih mudah terdedah kepada serangan penyakit kerana persekitaran tanaman yang lembap. Walau bagaimanapun, kedua-dua kaedah menghasilkan keputusan hasil yang setanding.

Teks Penuh (1.50 MB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.