Potensi durian hibrid MARDI: MDUR 88

Mohd Asrul Sani, Hartinee Abbas, Ahmad Hafiz Buniamin, Mohd Fairuz Nordin dan

Hamzah Abdul Rashed

Ringkasan

MDUR merupakan siri klon durian hibrid yang telah dibangunkan oleh MARDI dan pertama kali diisytiharkan dalam tahun 1991. Siri ini terdiri daripada MDUR 78, MDUR 79 dan MDUR 88 hasil kacukan antara induk D10 dengan D24. MDUR 88 lebih istimewa kerana mempunyai tahap toleransi yang baik terhadap penyakit kanker batang di samping rasa dan kualiti yang baik. Warna isinya kuning keemasan, rasa lemak manis dan mampu bertahan dalam tempoh 78 – 86 jam sebelum mula merekah. MDUR 88 mampu mengeluarkan hasil seawal 6 tahun dan berpotensi besar untuk dikomersialkan bagi pasaran segar dan pemprosesan.

Teks Penuh (345 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.