RH® GROWPINE™ – Formulasi baja terkini untuk tanaman nanas di Malaysia

Hartinee Abbas, Zabedah Mahmood, Tengku Malik Tengku Maamun dan Mohamad Saiful Ghazali

Ringkasan

Penanaman nanas di Malaysia kini semakin berkembang di tanah mineral seiring dengan ketersediaan tanah gambut yang terhad. RH® GROWPINE™ adalah formulasi berasaskan keperluan khusus pada tiga peringkat pertumbuhan nanas yang kritikal. Menggunakan teknologi baja nuget dengan tempoh pelepasan nutrien terkawal akan mengurangkan keperluan 3 – 4 kali membaja kepada sekali pembajaan semasa tempoh penanaman di mana pelepasan nutrien yang konsisten, sekata serta optimum sehingga tempoh sebelum pengeluaran bunga akan memastikan pembajaan tanpa pembaziran atau kekurangan nutrien. Tambahan pula, daripada sistem penanaman standard petani mula beralih kepada sistem tanaman padat di mana populasi nanas sehektar boleh meningkat sehingga 70,000 pokok berbanding dengan 43,000 pokok. Dalam sistem tanaman padat, aplikasi baja setiap 2 atau 3 bulan sekali tidak lagi praktikal, maka teknologi ini adalah penyelesaian untuk memudahkan aplikasi baja dan menjimatkan tenaga. Dengan pengurangan syor kadar baja, pembajaan dengan RH® GROWPINE™ dapat mengurangkan kos pengeluaran, pembaziran dan larian permukaan seterusnya mengurangkan pencemaran persekitaran.

Teks Penuh (298 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.