EMRL: Sistem maklumat Had Maksimum Residu (MRL) racun perosak
Lim Ah Hong
Ringkasan
EMRL (Sistem Maklumat Had Maksimum Residu (MRL) Racun Perosak) merupakan satu sistem informasi komputer yang mesra pengguna dan senang dilayari. Sistem ini dibangunkan untuk memudah dan mempercepat capaian data maklumat had maksimum residu atau tahap MRL dan proses mengemas kini maklumat apabila perubahan atau penambahan maklumat baru diperlukan. Sistem ini mempamerkan tahap MRL bagi sesuatu jenis sebatian racun perosak pada komoditi pertanian. Data tahap nilai MRL bagi beberapa buah negara utama juga terkandung dalam sistem ini. Pengguna diberi pilihan untuk memilih antara negara ini mengikut kehendak masing-masing dan untuk membuat perbandingan nilai tahap MRL antara negara. Selain itu, proses pengurusan dan pengemaskinian data boleh dilakukan dengan cepat dan mudah pada bila-bila masa. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Visual Basic dan Microsoft Access. Visual Basic digunakan untuk membina antara muka sistem manakala Microsoft Access digunakan untuk tujuan pangkalan data. Semua data direkodkan dalam sistem pangkalan data berkomputer secara sistematik dan teratur untuk melicinkan proses selenggaraan dan paparan. Dengan adanya sistem informasi yang mesra pengguna dan menarik ini, diharap mampu menarik minat pengguna dan pengurangkan pelanggaran peraturan-peraturan makanan 1985.
Teks Penuh (223 KB)