Nanosalutan biji benih: Teknologi, impak dan cabaran terhadap industri pertanian negara

Rafidah Abd Rahman, Nur Azura Mohd Said, Rashid Mat Rani, Muhammad Shahrin Ghazali, Azima Azmi, Suria Mohd Saad, Zamri Ishak, Azami Adam dan Amyita Witty Ugap

Ringkasan

Penggunaan beberapa platform nano dalam pelbagai jenis bidang telah mencetus minat dalam bidang agronanoteknologi. Majoriti penggunaan bahan nano dalam pertanian memberi tumpuan kepada peningkatan keberkesanan, pertumbuhan dan produktiviti penyerapan nutrien oleh tumbuh-tumbuhan. Teknologi ini menjanjikan pelepasan terkawal agrokimia dan tapak penyampaian sasaran pelbagai makromolekul yang diperlukan untuk meningkatkan kerintangan terhadap penyakit tumbuhan, penggunaan nutrien yang cekap dan peningkatan tumbesaran tumbuhan. Kecekapan pengambilan nutrien dan kesan bahan-bahan nano kepada pertumbuhan didapati berbeza-beza antara tumbuh-tumbuhan. Artikel ini membincangkan mengenai penghantaran bahan nano kepada tumbuhan dan kesan utamanya agar dapat memberi sedikit gambaran supaya teknologi novel ini dapat digunakan dengan selamat untuk penambahbaikan hasil pertanian.

Teks Penuh (231 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.