Pembiakan mesta

Ab. Kahar Sandrang, Puteri Aminatulhawa Megat Amaddin, Sakinah Idris, Zabedah Mahmood dan Mohamad Rais Hasan

Ringkasan

Teknik pembiakan keratan mikro berpotensi untuk digunakan sebagai satu kaedah sokongan kepada kaedah biji benih dalam pembiakan mesta. Masalah bekalan bahan tanaman mesta yang terhad terutama untuk penanaman skala besar akan dapat diatasi. Dengan kaedah ini, bilangan bahan tanaman daripada biji benih dapat digandakan sebanyak lima kali dalam tempoh 2 tahun. Pembiakan juga boleh dilakukan secara berterusan tanpa menunggu musim berbuah. Pokok mesta yang dibiak melalui keratan mikro juga mempunyai sistem pengakaran yang mempunyai nisbah akar halus (akar ketiga) yang tinggi dan berperanan dalam penyerapan air serta nutrien yang akan mempercepat pertumbuhan dan mengurangkan tempoh kematangan.

Teks Penuh (643 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.