Pembungkus mesra alam: Filem boleh dimakan daripada rumpai laut

Siah Watt Moey, Aminah Abdullah dan Ishak Ahmad

Ringkasan

Filem pembungkus makanan yang boleh dimakan telah dibangunkan daripada rumpai laut tempatan. Pes rumpai laut dengan bahanbahan lain telah digunakan untuk menghasilkan filem melalui teknik tuangan. Filem yang dihasilkan adalah lut sinar, boleh diregang, boleh dipateri dan mempunyai sifat asas sebagai filem bagi pembungkusan makanan. Filem ini boleh dijadikan uncang untuk perencah mi segera, serbuk kopi segera, gula dan seumpamanya. Selain itu, filem ini juga sesuai digunakan sebagai pembalut untuk kuih-muih seperti kuih ketayap dan popia. Ia juga boleh digunakan sebagai pelapik di antara makanan untuk menghalangnya daripada melekat sesama sendiri, seperti makanan sejuk beku termasuk daging burger dan roti canai segera. Berbanding dengan filem pembungkus boleh dimakan yang dibangunkan oleh saintis lain yang menggunakan ekstrak rumpai laut iaitu alginat dan karagenan, filem pembungkus yang dibangunkan dalam kajian ini menggunakan rumpai laut terus tanpa perlu diekstrak. Filem yang dibangunkan ini bukan sahaja murah kos pengeluarannya, malah lebih mudah cara pemprosesannya dan menjimatkan masa kerana tanpa perlu proses pengekstrakan yang melibatkan kos lebih tinggi dan masa yang lebih lama.

Teks Penuh (278 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.