Pengurusan kesuburan tanah dan nutrien untuk tanaman padi di Malaysia
Muhammad Naim Fadzli Abd Rani, Mohamad Najib Mohd Yusof, Shahida Hashim, Elixon Sunian @ Elixson Sulaiman dan Asfaliza Ramli
Ringkasan
Pengurusan kesuburan tanah dan pengurusan nutrien yang betul amat penting dalam pengurusan ladang. Pengetahuan berkaitan status kesuburan tanah, jenis tanah, pemulihan dan pemuliharaan kesuburan tanah yang mampan dapat membantu menentukan jenis varieti padi, pengurusan air dan keperluan nutrien tambahan tanaman. Manakala pengetahuan berkaitan keperluan nutrien tanaman, keupayaan mengenal pasti kesan kekurangan nutrien dan pengetahuan berkaitan baja dan pembajaan amat diperlukan dalam pengurusan nutrien agar potensi sebenar hasil di ladang dapat diperoleh. Syor pembajaan padi hasil kajian MARDI iaitu 120:70:80 kg N, P2O5 dan K2O sehektar dan tambahan 15% N bagi musim utama boleh dijadikan sebagai panduan, namun kesuburan tanah yang berbeza dari satu lokasi ke satu lokasi memerlukan perhatian terhadap pengurusan kesuburan tanah dan pengurusan nutrien yang lebih spesifik.
Teks Penuh (228 KB)