Prestasi dan ciri-ciri biji padi varieti tempatan yang ditanam di Kota Belud, Sabah

Helda Souki

Ringkasan
Varieti padi tempatan masih ditanam secara meluas di Sabah oleh petani skala kecil. Purata hasil varieti padi tempatan adalah rendah berbanding dengan varieti moden. Walau bagaimanapun, ia masih disukai oleh para petani disebabkan beberapa ciri seperti rasanya yang sedap dan harum. Tambahan pula, petani skala kecil ini hanya menanam padi untuk kegunaan sendiri sahaja. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti varieti tempatan yang mempunyai ciri-ciri yang baik untuk dimajukan di kawasan Kota Belud. Sejumlah 18 varieti padi tempatan sekitar Kota Belud dan tiga varieti padi moden iaitu MR 232, MR 253 dan TQ R2 sebagai kawalan telah diperoleh. Ciri pokok dan biji padi (tempoh percambahan benih, panjang biji, bentuk biji, tinggi pokok, tempoh matang dan komponen hasil telah dipastikan. Hanya satu varieti padi tempatan dapat diklasifikasikan sebagai lebih panjang dan langsing iaitu padi Wangi dan berpotensi untuk ditanam secara komersial oleh petani di Sabah. Manakala 17 varieti lain menunjukkan tempoh kematangan yang lebih lama, bentuk dan panjang biji sederhana yang membuatkan ia tidak popular untuk pasaran global.

Teks Penuh (325 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.