Sos perang ditambah nilai dengan cendawan tiram kelabu

Shazlin Kamaruddin, Norhida Arnieza Muhsin, Dayana Mohamed Nezuri, Nur Baizura Saadom dan Sharizan Ahmad

Ringkasan

Dalam menuju era globalisasi, masyarakat Malaysia kini semakin mengutamakan kesihatan. Oleh itu, kajian pembangunan sos perang yang ditambah dengan cendawan tiram kelabu telah dijalankan dan
boleh dijadikan produk makanan berfungsi baharu yang berpotensi untuk dimajukan pada masa hadapan. Penambahan cendawan tiram kelabu ini menambahkan lagi nilai pemakanan terhadap sos perang terutamanya serat diet dan beta glukan yang bagus untuk kesihatan kardiovaskular. Pemprosesan sos perang dengan cendawan tiram kelabu merangkumi aspek teknologi prinsip asas pemprosesan, bahan mentah, kaedah pemprosesan, kualiti dan potensi pengeluaran.

Teks Penuh (166 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.