Tabiat mengawan pejantan Brakmas
Tan Ying Ju, Zaidi Salleh, Mohd Firdaus Othman, Shanmugavelu Sithambaram dan Jasmi Yahya
Ringkasan
Penilaian tabiat pengawanan adalah salah satu parameter dalam penilaian kekukuhan pembiakan. Setakat ini, tiada kajian yang teliti dijalankan untuk mengkaji tabiat mengawan lembu jantan. Satu eksperimen telah dijalankan untuk merekod tingkah laku mengawan lembu jantan Bos indicus (Brakmas) selama 72 jam semasa program pembiakan di MARDI Muadzam Shah. Kajian ini bertujuan untuk membandingkan tingkah laku mengawan lembu pada masa yang berbeza dalam sehari dan pada cuaca yang berlainan. Dalam eksperimen ini, empat ekor lembu jantan matang (berumur 3 – 5 tahun) telah dipilih secara rawak. Setiap lembu dimasukkan ke dalam sekumpulan 25 ekor induk betina untuk menjalankan program pembiakan. Skor tingkah laku pembiakan setiap lembu jantan diperhatikan dan direkodkan berterusan selama 72 jam. Daripada kajian yang dijalankan, didapati SBS untuk semua jenis tingkah laku pengawanan adalah lebih kerap pada jam 18 – 24 kecuali tingkah laku menghidu, di mana tingkah laku tersebut mencatat skor tertinggi semasa jam 12 – 18 (p <0.05). Lembu jantan juga cenderung untuk menghidu dan menunjukkan tindak balas flehmen lebih kerap semasa cuaca panas berbanding dengan cuaca sejuk/berangin dan hujan (p <0.05). Kadar bunting tidak berbeza antara kesemua lembu jantan (p >0.05). Walau bagaimanapun, skor tingkah laku mengawan adalah penting dalam mengenal pasti pejantan dengan kebolehan menjalankan pengawanan semula jadi.
Teks Penuh (284 KB)