GreenKit: Memudahkan aktiviti pertanian bandar

Ab. Kahar Sandrang, Farahzetty Abd. Mutalib, Sakinah Idris, Zabedah Mahmood dan Mohamad Rais Hassan

Ringkasan

MARDI telah memperkenalkan satu sistem mudah dan murah yang dinamakan GreenKitTM iaitu sistem penanaman di dalam takung yang boleh membekal air secara sendiri tanpa perlu penyiraman yang kerap. Dengan GreenKitTM perkebunan dapat dilakukan oleh hampir kesemua penduduk bandar termasuk yang kurang pengetahuan, masa dan kawasan. Sekiranya dipraktik dengan betul, tanaman yang ditanam di dalam GreenKitTM dapat memberi hasil yang lumayan, mencukupi untuk kegunaan sendiri dan menjimatkan perbelanjaan dapur serta dapat membekalkan sayuran segar, berhasiat dan selamat. Sebagai rumusan, penggunaan GreenKitTM boleh menjadikan Pertanian Bandar satu amalan yang lestari dan jika dilakukan dengan serius dapat meningkatkan jaminan makanan negara yang signifikan.

Teks Penuh (247 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.