Kesan nutrien terhadap folikel ovari lembu pembiak Kedah-Kelantan

Azizah Amri

Ringkasan

Tenaga adalah keupayaan untuk menjalankan fungsi badan yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan dan melakukan aktiviti yang berkaitan dengan produksi seperti pertumbuhan, laktasi dan reproduksi. Dua nutrien yang penting untuk reproduksi ialah tenaga dan protein yang merupakan nutrisi primer untuk keseimbangan prestasi pembiakan lembu yang optimum. Tenaga pengatur sintesis hormon yang mengawal pembiakan seperti hormon perembes gonadotrofin (GnRH), hormon menglutin (LH) dan progesteron. Protein ialah bahan struktur asas yang membentuk tisu badan dan penting untuk pertumbuhan dan pembentukan fetus. Nutrien protein dan tenaga mempunyai hubungan yang boleh mempengaruhi kadar ovulasi, meskipun peranan sebenarnya tidak diketahui. Ketidakseimbangan protein dan tenaga secara relatif dalam pengambilan makanan boleh menjejaskan kecekapan metabolisme tenaga. Kajian di MARDI menunjukkan nutrisi bernutrien tenaga pada aras berbeza dengan protein kasar diberi pada kadar malar 15% ke atas lembu pembiak KK menunujukkan purata saiz diameter folikel praovulasi ialah 10.83 mm dan masa ovulasi yang dikira bermula dari alat pelepas hormon terkawal intravagina (CIDR) dikeluarkan dari vagina ialah 80.6 jam. Kajian ini dibuat untuk memperoleh masa optimum berlakunya ovulasi bagi membolehkan permanian beradas tepat masa dapat dilakukan pada lembu pembiak KK pada aras tenaga yang minimum iaitu sekali ganda saraan penyelenggaraan berasaskan keperluan tenaga.

Teks Penuh (169 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.