Kaedah mudah mengesan kandungan nitrat dan nitrit dalam makanan
Hasnisa Hashim, Mohd Nazrul Hisham Daud, Dr. Mohamed Shafit Hussain, Mohamed Nazim Anvarali, Nur ilida Mohamad, Sharizan Ahmad, Nurul Nabilah Mohd Fiteri dan Nazarifah Ibrahim
Ringkasan
Satu kaedah mudah diterangkan untuk menentukan nitrat dan nitrit dalam sampel makanan sebagai satu alternatif kepada kaedah lain yang sangat sensitif berdasarkan penurunan nitrat kepada oksida nitrik yang dinilai melalui chemiluminescence atau nitrus oksida (diukur menggunakan teknik kromatografi). Teknik ini memerlukan peralatan yang mahal dan khusus. Kaedah mudah melibatkan penurunan nitrat kepada nitrit adalah pengukuran melalui kolorimetri (penentuan perubahan warna) menggunakan tindak balas reagen Griess. Penggunaan larutan vanadium (III) telah dicadangkan sebagai agen penurunan yang sesuai untuk menurunkan NO3- kepada NO2- semasa analisis menggunakan spektrofotometri. Penentuan kuantitatif NO2 diukur serentak dengan tindak balas reagen Griess. Penambahan larutan VCl3 (0.1%) dan 20% HCl dalam sampel yang sama dan tindak balas pada suhu 60 °C selama 40 minit menghasilkan penurunan NO3 kepada NO2 yang berkesan (juga dikesan oleh reagen Griess). Kaedah ini mempunyai had pengesanan rendah, ketepatan yang tinggi dan kekhususan yang tinggi tanpa menggunakan alat mahal atau prosedur yang kompleks. Analisis ini boleh dilakukan dalam kumpulan sampel yang besar dengan menggunakan jumlah sampel yang kecil (?2 ml) untuk penentuan kedua-dua NO3 dan NO2 dalam masa kurang daripada 1 jam.
Teks Penuh (308 KB)