Kaedah pengiraan kepadatan tanaman dalam pelbagai sistem penanaman

Ab Kahar Sandrang

Ringkasan

Kepadatan tanaman merupakan faktor agronomi yang penting dan memberi kesan langsung terhadap penghasilan dan pengurusan. Dalam era pertanian moden, tanaman ditanam dengan corak, jarak dan kombinasi yang pelbagi. Untuk sistem sedemikian, kaedah pengiraan kepadatan yang sedia ada iaitu kawasan dibahagi dengan jarak tanaman (di antara baris dan di dalam baris) perlu diubah suai. Satu konsep baru diperkenalkan, iaitu kepadatan ialah hasil bilangan baris didarab dengan bilangan pokok sebaris yang menggunakan persamaan matematik, yang menjadikan ia mudah dan tepat. Dengan pengenalan konsep baru ini juga kajian penentuan kepadatan tanaman dapat dijalankan secara lebih objektif. Kajian dapat ditumpukan kepada faktor yang dapat memberi kesan yang signifikan.

Teks Penuh (201 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.