Pembangunan sos rockmelon

Wan Nur Zahidah Wan Zainon, Norzaleha Kassim, Saniah Kormin, Mohd Nazri Mohd Zapar, Nurasmaliza Mohd Akhir, Noreenyusnita Md Najib dan Muhammad Shah Ali

Ringkasan

Rockmelon (Cucumis melo L. var. reticulatus) merupakan sejenis tembikai wangi yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber vitamin C, vitamin A dan serat makanan yang baik untuk kesihatan manusia. Dikenali juga sebagai cantaloupe di Eropah, musk melon di Amerika, rockmelon di Australia dan New Zealand dan snapseck (sweet melon) di bahagian Afrika dan Timur Tengah. Buah ini semakin mendapat perhatian di kalangan petani dan MARDI sendiri telah membantu banyak petani dan usahawan dari aspek penanaman dan penghasilan produk daripada rockmelon. Sebelum ini, buah rockmelon dijual segar dan penghasilan produk berasaskan buah rockmelon adalah terhad. Namun begitu, pada hari ini semakin banyak kajian produk berasaskan rock melon termasuklah produk sos. Kajian ini dapat membantu usahawan dalam mempelbagaikan produk daripada rockmelon.

Teks Penuh (231 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.