Penyakit layu bakteria pada pisang di Malaysia: Moko atau penyakit darah pisang (BDB)

Nur Sulastri Jaffar, Kogeethavani Ramachandran, Mohamad Roff Mohd Noor dan Tengku Ab. Malik Tengku Maamun

Ringkasan

Pisang merupakan salah satu tanaman yang popular di Malaysia. Jangkitan penyakit layu bakteria yang mula dikesan pada tahun 2007 ke atas tanaman pisang di negara ini telah menyebabkan pengurangan dalam pengeluaran dan kerugian kepada petani. Penyakit ini pada awalnya dikenali sebagai penyakit Moko. Kajian pengenalpastian penyebab penyakit ini mendapati agen penyakit tersebut ialah Blood Disease Bacterium (BDB) dan bukanlah penyakit Moko berdasarkan ujian bioassay, analisis molekular dan ujian patogenisiti. Cadangan pencegahan yang boleh diamalkan dalam mengurangkan risiko jangkitan penyakit ini juga dibincangkan.

Teks Penuh (349 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.