Penanaman misai kucing secara fertigasi

Yaseer Suhaimi Mohd dan Mohamad Abd Manas

Ringkasan

Misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon stamineus merupakan herba berdaun yang popular di Malaysia. Tanaman ini mempunyai banyak khasiat dan faedah perubatan. Pengeluaran hasil buah cili, melon wangi dan tomato secara fertigasi telah meningkat sebanyak 3 – 5 kali ganda berbanding dengan cara penanaman secara konvensional. Peningkatan hasil yang tinggi ini telah mencetuskan inovasi dalam penanaman herba berdaun iaitu misai kucing secara fertigasi yang boleh dilakukan secara terbuka atau di bawah struktur pelindung hujan (SPH). Tanaman misai kucing mencapai kematangan selepas 3 bulan penanaman dengan kekerapan tuaian 2 minggu sekali. Purata tuaian hasil basah adalah sebanyak 1.5 kg/polibeg. Pada kadar 10% kandungan air, purata berat kering ialah 0.1 kg/polibeg. Teknologi penanaman misai kucing secara fertigasi terbukti dapat meningkatkan hasil tuaian misai kucing berbanding dengan penanaman secara konvensional. Penanaman misai kucing secara fertigasi boleh dijadikan pilihan alternatif kepada usahawan tani.

Teks Penuh (166 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.