Pembangunan produk nilai tambah berasaskan sesar unjur

Chua Hun Pin, Majelan Serudin, Teresa Anie Meng, Zakaria Abdul Rahman, Hazijah Mohammad Hossen dan Lorne Kadut

Ringkasan

Salah satu makanan tradisional istimewa Sarawak ialah udang salai yang dikenali sebagai sesar unjur. Walaupun sesar unjur kelihatan seakan-akan udang kering jemur yang biasa, makanan tradisional masyarakat Melanau ini disediakan menggunakan teknik penyalaian. Pengeluaran sesar unjur dijalankan di Bahagian Mukah yang dipercayai telah bermula sejak kira-kira 400 tahun yang lalu. Kaedah pemprosesan sesar unjur secara tradisional dibincangkan secara umum dalam artikel ini. Bagi meningkat dan mempelbagaikan pasaran untuk sesar unjur, MARDI telah membangunkan formulasi untuk beberapa jenis produk nilai tambah berasaskan sesar unjur termasuk sos pencicah, serbuk perencah, snek bersira dan keropok berperisa. 

Teks Penuh (383 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.