Makanan pelengkap bayi daripada ubi keledek tempatan (VitAto)

Sabeetha Sarmin, Mohamed Nazim Anvarali, Nor Azmah Umar, Siah Wat Moey, Nur ilida Mohamad dan Dayana Mohamed Nezuri

Ringkasan

Pembangunan makanan bayi berkhasiat daripada sumber tempatan merupakan salah satu isu yang dibangkitkan dalam Pelan Tindakan Pemakanan Malaysia Kebangsaan II 2006 – 2015 (NPANM II). Ubi keledek VitAto telah dipilih dan digunakan sebagai ramuan utama (55%) dalam makanan pelengkap bayi. Ramuan lain yang digunakan ialah olein kelapa sawit, susu skim, pengemulsi dan vitamin. Makanan pelengkap bayi ini dihasilkan dengan menggunakan teknik pengeringan dram berganda bagi menghasilkan makanan yang mudah dicerna. Analisis penilaian rasa yang dijalankan oleh 20 panel rasa di Pusat Penyelidikan Sains Teknologi Makanan, MARDI menunjukkan sampel makanan ini dapat diterima dengan hasil analisis sebanyak 60% responden menyukai sampel ini. Analisis penilaian rasa oleh 36 responden kanak-kanak taska (berumur lingkungan 2 – 5 tahun) di Taman Permata, Kuala Lumpur turut menunjukkan bahawa 72% responden menyukai dan menerima makanan pelengkap ini. Sampel makanan ini telah dianalisis kandungan pemakanan dan mikrobiologi sehingga jangka masa 6 bulan penyimpanan bagi memastikan ia selamat dimakan. Hasil kajian menunjukkan sampel makanan pelengkap ini mematuhi saranan piawai CODEX bagi makanan pelengkap bayi untuk 6 bulan ke atas dan tiada sebarang kontaminasi mikrob sehingga 6 bulan penyimpanan.

Teks Penuh (184 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.