Analisis kandungan bioaktif di dalam pegaga
Sharizan Ahmad, Ariff Zaidi Jusoh, Jeeven Karruppan, Mohd Nazrul Hisham Daud, Hasnisa Hashim dan Nor Fadhilah Sapiee
Ringkasan
Centella asiatica atau pegaga merupakan sejenis tanaman herba yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Pengubahsuaian komposisi fasa gerak telah dijalankan bagi membangunkan kaedah penentuan kandungan madekassosida, asiatikosida, asid asiatik dan asid madekassik menggunakan peralatan kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC). Dua teknik pengekstrakan berbeza telah dijalankan, di mana kaedah Soxhlet menunjukkan hasil pengekstrakan sebatian kimia aktif yang lebih tinggi berbanding dengan kaedah rendaman. Pegaga yang diperoleh dari Thailand pula mengandungi sebatian kimia aktif yang tinggi berbanding dengan pegaga tempatan.
Teks Penuh (640 KB)