Dusun mini berasaskan teknologi ‘self-watering container’ (SWC)

Ab Kahar Sandrang, Hanim Ahmad, Mohamad Rais Hassan dan Zabedah Mahmood

Ringkasan

Menanam pokok buah-buahan merupakan salah satu usaha penting bagi menjamin bekalan dan nutrisi makanan secara berterusan. Selain perwujudan dusun buah-buahan berskala besar, pembangunan dusun mini di kawasan bandar juga dapat menyumbang kepada peningkatan keluasan kawasan tanaman buah-buahan. Walaupun kawasan penanaman menjadi semakin terhad disebabkan proses urbanisasi, namun melalui penggunaan teknologi yang bersesuaian, dusun mini buah-buahan masih boleh dibangunkan. Untuk tujuan tersebut, MARDI telah memperkenalkan inovasi teknologi self-watering container (SWC). Teknologi SWC amat sesuai digunakan bagi menanam pokok buah-buahan bersaiz kecil hingga sederhana besar di ruang landskap. Aplikasi SWC akan menjadikan pengurusan tanaman menjadi lebih mudah terutamanya ketika menyiram, kerana air hanya perlu ditambah setiap 5 – 7 hari di dalam pasu khas yang direka bentuk. Pokok buah-buahan dapat dikawal dan tidak akan menjadi terlalu besar pertumbuhannya. Buah-buahan yang terhasil daripada dusun mini adalah segar dan bernutrisi. Selalunya buah-buahan ini sesuai untuk kegunaan sendiri bagi menjimatkan perbelanjaan. Selain itu, dusun mini buah-buahan yang dibina di kawasan bandar juga dapat menambahkan lagi nilai estetika landskap.

Teks Penuh (271 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.